Wednesday, October 7, 2009

Cerita 06/10/2009....

Lame rase nye tak update blog. bukan lame je tapi mmg lame giler.hahaha.
hmm nak cite ape ea..o pasal petang 6oct tue biar jela.. aku tknak pk dah. bagi aku ape pun dugaan yang dtg kite kena hadapi ngn positif n always take it easy. yang tu aku ikut prinsip chef wan yang byk mulut tue. Biarla ape org nak buat kat kite sbb ape yang kite buat mesti ade balasan nye. Tak sekarang mungkin akan datang.. Tak kat diri kite maybe kat anak cucu kite.. Kalu nak ikutkan mmg takut kalu kite pk dalam2 kan. So, kenapa nak aniaya org lain kalu tknak jadi perkara buruk kat diri kite sendiri.
Ape2 pun aku tak amik ati sangat ape yang org buat kat aku.. Cume kena ingat sendiri la ea.huhu

Wednesday, August 19, 2009

Aduhai..tak selesa nye rase..


MASKED RIDER KAT MY HARDWARE

SOSAK NAPAS DEN...

Mmg betul2 dugaan la skang nie. Mcm2 kes ade. Skang ni H1N1 pulak. Dengar nye makin teruk. Ni lagi la nak pose, tak tau la camne jadi nye. Tapi tu semua dugaan yang diturunkan oleh-Nya. Yang aku ni pun skang dah kena pakai mask. Bile tgk skali nmpak comey, tapi tgk byk kali dah macam masked rider pulak.huhu...

Pe yang paling penting aku mmg betul2 rase rimas skang nie..uwaaaaa Tapi nak wat camne, kalu tak pakai t sakit.. Kalu jadi pe2 susah kan org lain pulak kan... So, the moral of story, jadi la masked rider untuk sementara.hahaha...

CUKUP SEMINGGU MMG CAMNI LA JADI NYE AKU..

Sunday, August 16, 2009

Trip ke Kelantan....

PASAR KUALA KUBU


BELI KAT PASAR BULUH KUBU



1ST TIME MAKAN KAT KELANTAN.. MMG SEDAP

SINGGAH PASAR CHE YEH SEBELUM BALIK KL

Mgu yang memenatkan.. Bukan penat keje tapi penat berjalan2 ke kelantan. Tapi sebenar nye nak amik kak lin kat KB. Dalam mase yang same boleh la aku beli ape2 yang patut. Yela, dah lame tak berjalan ke Klntn nie. Bertolak dari umah kajang ari Sabtu pukul 6lebih (petang). Ari tue kedai open mcm biase n mcm biase la ari sabtu ni ramai org. So, tk sempat la nak rest ke ape. Aku okie lagi tapi abg aku mmg tk tido langsung. Dahla dia drive sorang, aku ni ne reti nak drive, ikut je tau nye buat berat2 kete.huhu...

Kitorang sampai KB dalam 1am. Sepanjang d way g sane mmg aku tkleh tido. Aku tkleh dok depan d je benda nak tgk n cakap. Sedar tak sedar dah masuk area Klntan. Sampai je umah kak lin, aku solat (wajib tue) n terus tido tak sedar diri sebelah kak nana. Dia pun tak sedar aku d sebelah dia.huahua..

Pagi tue sedar2 je dah dekat pukul 12pm. Agak kelam kabut gak la sebab nak g jalan kat KB kan. Aku bukan nak beli ape, juz cari tudung tu pun tak reti sangat. So, we'll decide nak g Pasar Siti Khadijah. Kat situ pusing2 survey baju batik n beli kopok sikit ntuk umah banting. Aku beli tudung 2 helai. Amik yang murah2 je. Save budget tak gaji lagik.huhu... Then, kitorang g pasar Buluh Kubu sbb adik aku nak jersey MU. Cari n terus mencari dapat la jersey ntuk dia. Tibe2 abg aku try n amik 1 jersey yang same sbb dia nak jersey Malaysia tapi tkde.. Bile tgk abg aku beli aku pun nak gak. Ne boley mengalah kan. Aku mmg suke benda2 camni so amik la 1. Agak murah la sbb kitorang tawar giler2. Dah amik 3helai takan tkleh kurang lagik.huhu
Settle part tue, g pulak cari kuih akok. Aku pun pelik ngan name tue. Tk pernah makan la katekan. Bile makan seketul panas2 lak tue, rasenye mmg sedap gilerk. 1st time makan aku settle kan 3ketul kuih akok. Then kitorang pun balik umah sbb ikut plan nak gerak balik kajang sebelum maghrib. Sampai je umah dah pukul 6. Aku tibe rase ngntuk giler so tido la jap. Bangun2 je mak kak lin dah siap masak pulut nak makan ngn buah durian. Lagi 1 jnis makanan yang aku tak pernah mkn. Abg aku mkn sedap je sbb dia dah biase. Aku ni blur2 tak tau nak mkn camne. So, aku tgk je la camne d'rang buat.
Kat atas meja tu di hidang kan pulut, durian, gula, garam n air kosong. Cara2 nak mkn amik pulut ngn durian letak dalam pinggan. Pastu letak gula n garam sesuka hati kat atas pulut. jgn lupe letak air kosong sikit, kak lin kate kalu nak letak santan pun boley tapi t muak pulak. Pastu aku tgk d'rang gaul2 semua tu hingga sebati n start makan. Pastu aku ngan poyo nye ikut la step2 tue. Aku mmg tkleh nak gaul2 cmtu.huhu So, aku gaul la sikit demi sedikit. Tibe2 ayah kak lin bersuara, dia kate "kalu nisa gaul camtu, tau2 sampai esok pun tk makan lagi". Malu nye.... Aku pun start makan. Hmm, sedap rupenya tapi aku makan sikit je. Bukan tkleh telan tapi aku elergic pulut. Sb pulut kan angin so aku amik sikit je pastu aku belasah durian je.hahaha....
Bile perut dah kenyang tibe la mase ntuk kemas2 nak balik. So, dalam kol 8lbh ktorang gerak. Tapi ade misi lagi iaitu misi serang wakaf che yeh. Kat situ kitorang singgah dalam sejam je. Dapat la brg sikit. Boley tahan la harge nye.huhu Kol 10lbh bertolak balik kajang.. Dalam kol 4lbh kitorang pun sampai ke Saujana Impian, Kajang. Mmg best tapi rase jap je n skang rase penat.

Friday, August 14, 2009

AKU YANG SENTIASA MALAS...


aku yang tgh malas (pooh)



eh...macam kawan aku yang nama ijah la pulak!!!...


Rase macam dah lama benar tak update blog nie...tapi nak buat cmne mmg tgh tkde idea n cite.huhu
ni pun saje2 nak taip..ikut jari aku yang comel ni nak taip ape..
actly esok petang aku nak g klntan tapi sehari je..ari isnin kedai bukak..larat atau tak aku ni kite tunggu je ari isnin nie.hahaha.
hmmmm tak tau nak tulis ape lagik..mmg tkde idea n malas giler..

Thursday, August 6, 2009

TIPS MENCARI PASANGAN...

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti 'magnet' yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan, perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki membentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa  sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan  tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau 'kegilaan' bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang 'gentleman' - bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

SELAMAT MENCUBA !

Monday, August 3, 2009

Taman Equine JCard Day..




Waduh..mmg seronok la kalu dengar pasal jcard day nie. walau pun tak se best sogo sale.aku tak pernah g tapi dengar dari ape org cite. Jcard day kat taman equine seri kembangan berlangsung pada hari kamis yang lalu. Tapi kitorang pegi dah lewat dalam pukul 9 sampai. Tu pun selepas bos besar agree ntuk pegi menghabiskan duit..banyak nye kete samapi jam nak cari parking.oleh kerana abg aku genius sikit, dia cari parking kat petronas sebelah jusco tu. syukur 21 sbb kebetulan d org nak kuar. kalu tak mau kena pusing2 lagi ntuk cari parking..nak ikutkan jauh mmg jauh tak hengat la. hati pun berkata2, tkpe la kalu kena menapak yang penting dapat shopping...



Then masuk je dalam jusco terus tuju ke tempat handbag..Happy hour kononnye less sampai 70%.huuhu..tapi tkde yang berkenan aku pun teruskan langakh ke tempat baju scarlet..g la kat tempat baju lambak2. aku rase d 30minit kat situ je.sampai berpeluh la nak mencari baju. tapi njoy siut, lega kepala aku dari masalah yang. aku pun main belasah jela amik baju gurl2 warne pink gitu. dah jumpe 1 then aku ternampak baju orange pulak, dengan pantas nye aku sambar. ala..besar la pulak(mcm kecik sangat)..usaha mencari di teruskan n at last jumpe saiz yang aku nak. g lak kat tempat suar, cari2 saiz tgk macam tak muat.yela, aku kan susah nak cari saiz. tapi try la amik satu.tgk macam muat. dah penuh tangan, terus que kat fitting room. bile pakai baju pink nampak macam kelakar tapi 2kali tgk comel la pulak(jgn banyak bunyi ea)..test suar pulak, eh2 longgar la..kena cari yang kecik sikit ni..persoalannya...adakah aku dah kurus atau semua ni hanya kebetulan je.huhu..
lepas dah penat2 shopping aku pun g tukar voucher.time tu abg n akak aku dah settle shopping siap amik voucher lagi..aku pun berjalan ngan pantas nye ntuk tukar voudher. alamak ai..panjang giler.takpe, sabo2 janji dapat. time nak balik terjumpe pulak kawan lame yang keje same tempat ngan aku dulu.kat ne g jusco la jugak..pas lambai2 n muah2 aku pun balik la.sampai umah dalam pukul 12am.


sampai umah sempat g try2 baju..n nie la baju yang aku beli time JCARD DAY TAMAN EQUINE.

BAJU G KEJE..SEMPOI JE..


BAJU G JALAN2..JADI GURL2..




Friday, July 31, 2009

PETANG YANG MEMBENGANGKAN.....

Aku paling benci kalau orang rosakan mood aku yang sedia elok...bengang giler ngan sorang customer ni...ko dah datang tempat aku, aku dah layan elok2 yang ko nak kerek pahal..agak2 la kite same2 melayu la..same agama..kulit ko ngan aku pun lebih kurang sama jew..even ko tension camne pun ngan hidup ko, dah datang tempat aku jangan la nak kerek2 ngan aku..ingat aku pompuan senang2 nak jatuhkan aku..sakit giler la hati..camni cite nye..org ni datang nak beli bolt n nut tapi aku tkde yang dia nak tue..then aku ckp la kalu nak yang lebih kurang tue ade wall plug kayu.then dia nak tgk, nah amik la aku tak heran kalu nak tgk.aku layan punye la baik kan..yela, cust kan always right..dari dia datang mmg kelam kabut macam kena kejar pocong..pastu siap merungut2 cakap pasal pe hardware kitorang tkde ape yang dia nak..bnda y ang kebetulan tkde..benda yang d tkde pulak ko nak.kitorang baru lagik la..bukan mcm chinese buka hardware smua dah complete.slow kayuh la kan..aku sabar lagi, pk ko tu cust..pastu time nak bayar tibe dia minta benda nak ukur bolt tu.tau la ko keje construction.tkyah la nak poyo2 depan aku siap benda tu pun nak ukur brape mm.aku tgk dari jauh pun dah tau besar bolt tu same..aku cakap la tkde.tibe2 dia marah aku..kate ape buka hardware smua tkde.siap tnye sape la bos kat kedai nie..ikutkan hati aku nak je tampar dia 3kali..kuang ajo punya org.kalu nak ko buka la hardware tgk camne kalu org minta brg tapi tkde pastu marah2 ko..aku tak tau la kalu ko tkde perasan mcm bin****g..setakat beli barang rm3.60 pastu nak temper kat tempat aku mmg silap la.sory la kalu aku doakan ko yang tak baik..aku jz manusia biase..kalu org camni kategori ngan bangsa sendiri nak berlagak tapi ngan bangsa lain mcm d tali kat hidung..cpt2 sedar la kalu org camni...
then yang bestnye, tiba2 dia datang lagi nak beli gergaji besi..tapi cakap elok2 pulak..dah giler agknye.ingat aku nak tarik balik doa aku..huhu..pe yang aku blh cakap cpt2 la berubah..biar muka buruk tapi perangai msti nak cun..lega hati aku dapat luahkan kat blog nie..hooreyy.....(tk pasal2 kwn aku kena mrh.huhu)